Untuk pngtahuan smua!!aq dh brpisah ngan TUTTTT....adoyaiiii....sedey nyer... ^_^ tpi nk buat cmne kn...x de jdoh...yg ada kne truskan hidup ( ok spe yg mati..)
Mungkin kome smua dh tau..
Baca ni - Raja Kechil Sulong Perak, Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah(aq panggil khucik) telah mangkat pada pukul 1.30 pagi tadi akibat serangan Asthma di kediamannya di Jalan Setia Bakti 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Jenazah beliau telah dibawa ke Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 6.30 pagi tadi dan akan disemadikan selepas Asar di Makam Diraja Al- Ghufran, Bukit Chandan.
Yang Amat Mulia Raja Dato’ Seri Ashman Shah telah diputerakan pada 28 Disember 1958 dan telah diisytiharkan sebagai Raja Kechil Bongsu Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England, dan Ijazah Sarjana Undang-Undang Cambridge University, Barrister-at-Law daripada Lincoln’s Inn, London, serta Diploma Undang-Undang Perniagaan, University of London, England. Jawatan terakhir yang disandang beliau sebelum kemangkatan ialah Raja Kechil Sulong Perak dan menjadikan beliau Pewaris Keempat Takhta Kerajaan Perak ( Heir to the throne ).Baginda terkenal dengan sifat yang merendah diri dan baik.Baginda sangat menitik beratkan isu agama.Beliau telah meninggalkan seorang balu , Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin serta 2 orang puteri dan seorang putera.
1)YAM Raja Eminah Alliyah , 20
2)YAM Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah , 18 ( perwaris keempat takhta perak/ganti bapanya)
3)YAM Raja Bainunisa Safia , 17
Baginda merupakan anakanda ketiga Sultan Perak daripada lima adik - beradik iaitu
1)Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah
2)Datuk Seri Raja Azureen
4)Datuk Seri Raja Eleena
5)Datuk Seri Raja Yong Sofia
Takziah kepada kerabat....Al - Fatihah